Monday, May 3, 2010

CSS Coffee Morning 2010


Shah Alam - CSS baru-baru ini telah mengadakan 'Coffee Morning' di Paroki Kerahiman Ilahi (CDM) pada 25 haribulan April. Berpakaian serba merah, Team CSS tiba di CDM pada awal pagi untuk memulakan Coffee Morning setelah penat memasak sepanjang malam dari hari sebelumnya. Antara menu-menu hidangan yang dijual ialah Nasi Lemak, Dadih, Laksa Sarawak, Sandwich, Mee Goreng, Karipap dan bermacam-macam lagi. Tahniah kepada organizing committee bertungkus lumus menjadikan Coffee Morning ini satu sukses bukan sahaja daripada keuntungan yang diraih malah ia juga daripada semangat berpasukan ataupun 'bonding' semua member yang memberi sokongan yang berpadu.

No comments:

Post a Comment